ANAK SYURGA : AIRIN MARISSA IN MEMORY

20140703_081257-2

MENGENANG HARI-HARI TERAKHIR AIRIN MARISSA
(Di tulis kira-kira 1 tahun yg lalu)

Hampir 1 tahun beliau telah kembali dijemput Ilahi (8/7/14) …

Gambar ini diambil sebaik Airin dibenarkan pulang ke rumah buat pertama kalinya. Kalau siapa yg pernah berjumpanya, pasti tak menyangka yg dia sedang sakit teruk dan akan dijemput pada bila² masa ketika itu, kerana keadaan fizikal yg nampak sihat dan tak memerlukan apa² rawatan dan ubat.

Begitulah ketika dia dijemput… wajahnya senyum sentiasa, baunya sangat wangi semerbak. Ustazah yg memandikannya tak putus² memuji kecomelannya, kecantikannya dan bukan seperti jenazah dewasa lain. Saya masih simpan semua gambar² dan memori itu.
20140702_202922
Malah sehari sebelum beliau pergi, kami sempat pergi membeli-belah ke Midvalley (satu-satunya tempat kami sempat membawanya jalan²) dan berbuka puasa bersama untuk membelikan Baju Rayanya yg sehingga kini tak sempat dipakainya. Mujur juga saya sempat membayarkan Zakat Fitrah dan Aqiqah untuknya ketika masih hidup. Rasanya mungkin sempat nak berhari raya dengannya nanti.

Mengimbau kembali saat-saat akhir bersamanya, petang 8hb itu kami terpaksa menghantarnya semula ke NICU HTJ Seremban kerana demam sedikit. Selepas Isya’ kami menerima panggilan telefon dari Hospital dan dengan penuh debaran kami bergegas kembali ke hospital.
20140704_223256
Di sinilah Doktor memberitahu Airin sedang tenat dan masanya mungkin telah tiba. Bagaikan menunggu ketibaan kami, Airin menoleh dan seolah memanggil kami untuk memeluknya buat kali terakhir. Nafasnya berombak sangat kuat dan wajahnya kelihatan kebiruan. Melihatkan kadar Oksigen yg semakin rendah, bisik hati saya mengatakan yg masanya semakin hampir. Dalam pelukan saya dan isteri saling berganti, mulut saya tak henti-henti membacakan Syahadah dan ayat Quran. Air mata ini sudah kehabisan dan pilu melihat Airin melawan sakitnya. Ketika itu, hanya Abang saya sahaja sempat melihatnya.

Setelah beberapa ketika, saya ingat pesan Ibu dan Pakcik lantas saya ucapkan dengan berat dan sepenuh hati di telinganya, “ Airin jangan risaukan kami, Daddy redha dengan apa yg terjadi. Daddy redha Airin pergi dulu sekarang. Airin tiada dosa dan kami halalkan semuanya. InsyaAllah kita berjumpa semula di Syurga…..” . Saya serahkan kepada isteri pula dan beliau pun berbuat perkara yang sama. Kuasa Allah, beberapa minit sejurus selepas itu beliau pergi dengan begitu tenang dan mudah sekali dalam dakapan kami dan dalam keadaan senyum. Masih segar hembusan nafas terakhirnya dan mata yang ditutup perlahan buat kali terakhir. Itulah detik terakhir Allah menjemputnya kembali… sangat segar dalam ingatan saya hingga kini.

Sehingga kini, saya masih sedaya upaya menghilangkan kesedihan itu tapi untuk melupakannnya tidak mungkin sama sekali. Walaupun usianya hanya sebulan ketika itu, naluri Bapa mana yang bisa menahan kepiluan yang menyelubungi ini, apatah lagi isteri saya yang mengandungkannya. Saya berusaha sangat gigih dan sentiasa berdoa agar peroleh ketenangan dan kebahagiaan rumahtangga kami di jalan yang diredhai.

Di bulan Ramadhan ini isteri dan saya seolah bermimpi Airin yang sudah berusia setahun pulang. Tambahan melihat Airis yang masih tidak pandai bercakap itu sering bermain dan ketawa sorang². Mudah²an Airin mendoakan juga kesejahteraan kami…. InsyaAllah.

Bagi mereka yang pernah kehilangan insan tersayang terutamanya anak, ketahuilah bahawa perancangan Allah itu jauh lebih hebat. Anak itu sedang bergembira di Syurga menanti hari perhitungan dan menyambut Ibu-Bapanya kelak.
13001322_917777195003719_842819115525489748_n
Dengan kehidupan yang serba sederhana ini kami sangat bersyukur dan redha dengan apa yang ada dan sentiasa menyemai kegembiraan keluarga untuk dunia dan akhirat. Suatu ketika saya hampir berputus harap sejak pemergian Airin, apatah sebulan selepas itu Ibu saya pula pergi meninggalkan saya. Apapun, hidup mesti diteruskan. Ada jiwa lain yang masih mengharapkan ketabahan saya, iaitu isteri dan anak² saya.

“Ibu bapa yang kematian anak kecilnya (anak yang belum baligh), maka Allah s.w.t benarkan anaknya itu mencari mereka dalam keramaian manusia yang menunggu hisab, dan membawa mereka ke syurga”
– Hadis Riwayat Bukhari

Mungkin ganjarannya bukan di Dunia ini. Bersabarlah Duhai Hati.

Rezeki Allah itu luas, kalau sedikit pun yang diterima itu berkat, nuscaya nikmatnya lebih hebat dari apa yg sering kita sering banding-bandingkan dgn orang lain.

Terima kasih kpd semua Rakan2, Saudara Mara dan Jiran yg datang menziarah dan mengucapkan takziah ketika itu. Mungkin Airin juga hendak ucapkan yg sama atas sokongan dan doa kalian hingga hari ini. Semoga Allah saja yg dapat membalasnya.

Hadirnya Airin walau seketika dalam hidup kami banyak membawa hikmah dan rahmat tentang nilai kasih sayang Keluarga dan Insan yg dicintai itu sendiri. Lebih penting, Cinta kpd Allah & RasulNya kerana masa kita juga akan sampai juga nanti.

img-20140709-wa0004-1.jpg
Saya hanya memohon kepada Allah, janganlah ditimpa lagi ujian yg lebih besar, khuatir saya tak mampu hadapinya lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu Rahmat dan pengertian kepada kita semua. Ramadhan paling indah dan semoga kita dipertemukan lagi di Ramadhan seterusnya.

Wallahua’lam

Al-Fatihah

“Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama….

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi Hari demi hari
Bersama Wajah tak Mungkin akan Kembali…..”

 

Perpisahan : Airin Marissa In Memory…:https://youtu.be/Jevg2Yrjysc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s